Ramadhan Karim

Selamat Menyambut Kedatangannya.
Apakah azam aku?
Apakah cita-citaku?
Apakah matlamatku?
Moga Allah tunjuki jalan untukku...

Selamat Menyambut Kedatangannya.
Apakah azam aku?
Apakah cita-citaku?
Apakah matlamatku?
Moga Allah tunjuki jalan untukku...
Aku yang malas
Entahlah...apa nak jadi dengan aku ni.
Orang lain ada blog, aku teringin ada juga.
Orang lain update blog selalu.
Jangan kata seminggu, sebulan, setahun, dah hampir setahun tujuh bulan tak update blog ni. Memang aku seorang harubiru.
Harubiru nak cari idea nak tulis. Harubiru nak cari bahan untuk dikongsi. Harubiru nak update blog ni.
SMS Palsu

Al-kisah tengah malam semalam aku menerima satu sms dari rakan sekerja mengenai sms ada orang nak dibaptiskan kat sebuah gereja di Ipoh. Bila aku baca yang bilangan orang yang nak dimurtadkan seramai 600 orang, aku ini ada yang tak kena mengenai sms ni. Ini lah masalah orang sekarang yang suka salahguna teknologi. Sebarkan berita palsu. Ikut berita yang aku baca seramai lebih kurang 1000 orang dah berkumpul kat gereja petang tadi. Nasib baik polis datang mengawal keadaan.
Persoalan yang timbul, Siapa penghantar SMS palsu ini? Orang Islam kah? atau Orang yang mahu menghuruharakan umat Islam? Kalau yang menghantar itu adalah seorang Islam. Fikir-fikirkanlah yang anda mungkin boleh menyebabkan rusuhan berlaku memandangkan isu murtad sangat sensitif. Hatta, aku pun marah kalau dapat tahu ada orang kita yang sanggup murtad. Tapi menghantar sms palsu dan mengaitkannya dengan Mufti Perak memang amat tidak bertanggungjawab. Moga Allah memberikan ganjaran setimpal pada sang penipu ini.
Aku letakkan laporan akhbar harakahdaily.net kat sini:
Polis dan Jaip perlu siasat SMS isu murtad
Sun | Nov 05, 06 | 05:00:16 PM
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Pihak Polis perlu membuat siasatan segera dan terperinci terhadap penyebaran khidmat pesanan rengkas (SMS) yang seolah-olah sengaja direncanakan untuk memurtadkan remaja Melayu yang didakwa akan dilakukan di gereja Salibin, Perak, pagi Ahad.
Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid menjelaskan penyebaran berita begini amat bahaya jika tidak dibendung dan tidak disahkan oleh pihak berkuasa kerana sentimen orang Islam terhadap isu begini amat tinggi.
Berikutan penyebaran SMS itu, lebih kurang 1000 umat Islam telah berkumpul dan mengepung gereja Salibin untuk memastikan pengunjung yang masuk ke dalam gereja tersebut.
Bernama melaporkan; Ketua Polis Perak Datuk Abdul Aziz Bulat kesal dengan perbuatan tidak bertanggung jawab pihak yang menyebarkan SMS yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.
Beliau berkata tindakan sedemikian boleh menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini.
"Kami berharap semua pihak bertenang dan dapat mengawal keadaan supaya pihak berwajib boleh bertindak mengikut saluran undang-undang," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun tambah beliau, jika ada pihak yang cuba meneruskan penyebaran agama lain kepada umat Islam, ia perlu dihentikan kerana ia merupakan suatu kesalahan di sisi agama Islam. - mns
Hari Kemerdekaan Ke 49 & Bajet 2007
Malaysia menyambut sekali lagi ulangtahun kemerdekaan ke 49. Kalau lah nak dibandingkan dengan usia Merdeka dengan usia manusia. Nampaknya Merdeka sudah hampir mencecah umur 50 tahun, separuh abad.
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai anak merdeka . Tak perlu merasai penderitaan zaman penjajahan. Celik mata, nikmati negara yang aman ini. Namun, aku sedih lihat keadaan anak-anak merdeka yang semakin hanyut. Sambut merdeka hanya dengan berpesta. Bawa bendera naik motor dijalan pun bagaikan orang samseng. Keruntuhan moral yang berlaku dan yang paling sedih melihat Islam yang semakin dicabar bukan sahaja oleh orang bukan Islam malah oleh orang Islam sendiri. Ini kah merdeka yang kita mahukan?! Merdeka berpesta, merdeka buat apa sahaja.Kalau lah, para pejuang seperti Maharajalela, Dato' Sagor, Tok Janggut, Tok Bahaman, Abd. Rahman Limbung lihat anak-anak merdeka ini. Adakah ini hasil kemerdekaan yang pejuang-pejuang ini mahukan sehingga mereka sanggup bekorban nyawa untuknya.

1 September 2006 - Pak Lah bentangkan bajet 2007. Kakitangan awam kat tempat aku sibuk mengharapkan bonus. Ada yang meramalkan sampai 3 bulan gaji. Hah....rupanya dapat satu bulan aje abang. Aku bukannya apa, dapat bonus tu kira bersyukurlah. Tapi yang paling penting adalah bagaimana harga barang dapat dikawal memandangkan harga petrol yang meningkat ini. Apa gunanya bonus 3 bulan gaji pun kalau harga barang meningkat. Lebih malang lagi yang bukan kakitangan awam mcm orang kampung contohnya, mampukah mereka menyara hidup dgn. kos yang semakin meningkat .
Ironinya, kakitangan awam ini rata-ratanya memikirkan bonus yang mereka dapat sahaja apabila bajet dibentangkan. Bukannya, melihat isi bajet tu keseluruhannya. Sepatutnya, kakitangan awam kena faham isi bajet tu, sbb. merekalah agen kerajaan menerangkan kepada rakyat. Apa-apa pun terpulanglah pada anda........
Hari yang malang....
Apalah nak jadi denganku hari ini. Badan rasa penat sungguh. Rasa dedar aje. Semalam penatlah aku sediakan bekas minuman air mineral dan flask air kopi kegemaranku. Sampai ditempat kerja, flask aku terhentak ke dinding...alamak...pecah lah flask aku. Kemudian bekas air mineral aku terjatuh pula ditepis orang secara tak sengaja. Niat di hati hari ini nak minum lebih sikit sbb cuaca agak panas. Tapi takdirnya...dua-dua tak dapat. Niat di hati nak jimat duit beli air di kantin, nampaknya tak kesampaian lah. Entahlah...aku pun hairan kenapa aku tulis semuanya di sini.
Monolog Aidilfitri
Hari ini hari terakhir aku menulis blog ini sebelum aku pulang beraya ke rumah mertuaku selama seminggu. Pulang ke kota Kuala Lumpur, ironi sungguh bunyinya, orang kota sibuk berpusu-pusu pulang ke desa yang tercinta tapi aku pula pulang ke kota tercinta. Ramai orang yang bekerja di kota dan pulang ke desa bila hari lebaran tapi aku bertugas di desa dan pulang ke kota berhari raya.
Apa-apa pun sebelum hari raya yang menjelma ini, terfikir aku.... cukupkah amalan ku pada Yang Maha Esa pada bulan Ramadhan ni?, berjumpakah aku dengan malam Lailatul Qadar? dan diterimakah amalanku dan diampunkankah dosa-dosa silamku? Semoga aku tidak menjadi orang-orang yang rugi di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.
Terkenang juga aku pada Almarhum Ayahandaku, selalunya raya begini pasti beliau suka anak-anaknya berkumpul di rumah, berbuka bersama-sama, berbicara tentang hal-hal kami sekeluarga dan rancangan di hari raya. Tapi itu dulu, terakhirnya 3 tahun dulu, tiada lagi kisah itu semua. Pusaranya telah ku ziarahi sebelum pulang ke kota. Syukur aku masih ada bonda yang bernyawa, aku akan cuba habiskan kesempatan yang Allah berikan untuk membahagiakannya. Ku pohon pada Allah, ampunkan dosa-dosa Ayahandaku, jauhkan dia dari azab kubur, dari azab neraka, jadikanlah alam barzakhnya taman-taman syurga dan tempatkanlah dia di syurga nanti bersama kami semua. Ampunkan juga dosa-dosa bondaku dan berikanlah kekuatan padanya menghadapi hari-hari mendatang.
Buat isteri tercinta, kanda tahu kanda bukanlah suami yang terbaik buatmu. Maafkan segala kesalahanku padamu, ku ampunkan kesalahanmu padaku, moga rumahtangga kita sentiasa teguh kekal abadi, moga kami dikurniakan seorang putera pula nanti.
Buat anakanda tercinta, kamu bakal menjadi kakak, jadilah kakak yang berjasa nanti. Walid pohon maaf selalu marah atas kenakalanmu. Moga Allah jadikan kamu dan adik-adikmu orang-orang yang soleh yang mendoakan Walid dan Ummimu bila kami tiada nanti.
Buat sesiapa yang membaca ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Duit Syilling RM 1
Hai sedar tak sedar dah nak masuk bulan november. Bulan puasa ni rasanya bulan masihi aku tak ambil kisah sangat.
Sebut pasal nak masuk bulan november, ada dua perkara yang bermain di kepala aku : umur nak masuk 30 dan duit syilling RM 1 yang tak sah laku sebulan lagi. Duit syilling ni sebenarnya lama dah kedai kat tempat aku tak terima sejak kerajaan umumkan duit ni tak sah lakunya 7 disember ni. Tapi mungkin ada yang tak terfikir kalau takde duit ni susah orang nak guna buat bayar macam-macam vending machine, trolley kat shopping complex atau kaki gayut public phone nak bergayut (padan muka korang sbb aku pun bosan tengok korang, cabut public phone tu simpan kat rumah la).
Bagi aku, susah juga nak kumpul syilling ni nak tukar kat bank. Aku rasa nanti mesti ada juga yang tak sempat nak ditukar. Yelah, takkan setiap kali jumpa sekeping syilling pun nak pergi bank.
Apa-apa hal pun syilling RM 1 pasti akan dilupakan melainkan untuk pengumpul syilling. Anda macam mana?
